Nafuzi Zain Tak Boleh Duduk Diam Mahu Terengganu Bangkit
Dunia
MalaysiaGazette-MFL
Advertisements

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menyatakan bahawa tempoh berehat terlalu lama menyebabkan pasukan Terenggannu FC hilang mata ketika bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin.

Beliau menjelaskan pasukan lain sudah membuat persiapan awal untuk beraksi. Namun dengan menyaksikan perlawanan kelmarin Nafuzi akui banyak kelemahan dan kesilapan yang perlu diperbaiki dengan segera supaya dapat menyiapkan pasukan ke saingan seterusnya.

“Bagi Terengganu, perlawanan pertama ini cukup sukar selepas tiga bulan berehat manakala pasukan lain sudah beraksi awal.”

Advertisements

“Perlawanan kompetitif malam ini (semalam) mendedahkan lebih banyak kelemahan dan kesilapan mudah yang dilakukan pemain untuk diperbaiki segera.”

Dalam pada itu, beliau berpendapat pada perlawanan pertama ini pemain mungkin tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya selepas lama berehat.

Bagaimanapun, Skuad Penyu jelas perlu bekerja lebih keras dalam aksi seterusnya terutama selepas memulakan liga agak lewat berbanding pasukan lain.

Advertisements

“Pada saya untuk menilai secara keseluruhan pada perlawanan pertama ini adalah tidak adil kerana pemain mungkin tidak mempamerkan aksi terbaik mereka selepas lama berehat,” katanya kepada Harian Metro.

Selepas ini, Terengganu FC dijadualkan beraksi menentang pasukan Johor Darul Ta’zim Ahad ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram