Nafuzi Zain Tidak Mahu Beri Tekanan Kepada Rahadiazli
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menyatakan bahawa tidak mahu memberikan tekanan kepada Rahadiazli kerana sudah pasti beliau cemas sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini lagi.

Dalam pada itu, Nafuzi menjelaskan penjaga gol muda yang berusia 21 tahun itu dilihat sudah pulih sepenuhnya sekaligus membuktikan prestasi yang lebih baik selepas satu musim beliau tidak beraksi dalam saingan.

Bagaimanapun beliau turut mengakui bahawa mahukan khidmat Rahadiazali untuk musim ini, akan tetapi Nafuzi tetap meneliti keadaan penjaga golnya itu untuk kembali membina momentum seperti dahulu.

Advertisements

“Saya tengok dia memang sudah pulih 100 peratus dan semakin menunjukkan peningkatan positif setakat ini.”

“Tetapi disebabkan dia sudah satu musim tidak bermain, kita tidak mahu tergesa-gesa sangat untuk memaksa dia beraksi sebab risau takut apa-apa berlaku,” katanya.

“Kita memang nak gunakan khidmat dia pada musim ini tetapi kena tengok juga dari masa ke semasa bagaimana dia kembali untuk mendapatkan momentum atas padang.” jelasnya kepada MFL.

Advertisements

“Tetapi saya masih ada Suhaimi Husin dan Shamirza Yusoff, jadi kita punya banyak pilihan dan saya tidak terlalu risau kalau kita kekurangan penjaga gol,” ujarnya.

Terengganu FC baru sahaja selesai menghadapi aksi persahabatan menentang Melaka United FC semalam untuk meraih kemenangan 1-0.

Mereka akan meneruskan perlawanan persahabatan berdepan Selangor FC 2 pada malam ini dan Selangor FC pada Ahad.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram