Najib Razak Persoal Tindakan Ole, Ole Dipecat
EPL
Advertisements

Bekas perdana menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak mempersoalkan segala tindakan Ole Gunnar Solskjær atas kekalahan Manchester United kepada Watford.

Sebelum ini slogan #OleOut sudahpun berkumandang sekian lama selepas beberapa deretan kekalahan dan prestasi tidak menentu selain pemilihan pemain utama yang tidak konsisten.

“BN menang 21-7, Manchester United? Ole, apa kamu buat?” Jelas Najib Razak di Facebooknya.

Advertisements

Najib Razak umum sedia maklum merupakan penyokong sejati Manchester United sejak kecil namun kerap memuat naik status geram dan berang dengan prestasi kelab disayangi beliau tersebut.

Selain itu, Ole Gunnar Solskjær turut secara rasminya dipecat sebagai pengurus Manchester United berkuat kuasa serta merta selepas kelahan memalukan kepada Watford.

Dalam pertemuan bertemu Watford awal pagi tadi, Manchester United tewas 4-1 di tempat lawan dan hanya mampu menghasilkan 9 percubaan berbanding Watford, 20 walaupun memegang lebih 60 peratus penguasaan bola.

Advertisements

Selain itu, United turut tewas 5 daripada 7 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris dan bolos 21 gol selepas 12 perlawanan Liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram