Nama Yusri Che Lah Mula Dipetik
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK 2023) merupakan salah satu anugerah yang ditunggu-tunggu oleh jurulatih dan pemain yang beraksi di dalam Liga Malaysia.

Antara kategori yang menjadi tumpuan adalah kategori Jurulatih Terbaik. Untuk tahun ini, seramai 10 jurulatih telah disenarai pendek bagi merangkul anugerah tersebut.

Tumpuan pasti terarah kepada jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari yang berjaya membawa gergasi selatan itu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua saingan domestik musim ini.

Advertisements

Biarpun Solari merupakan calon yang kuat namun tidak dilupakan adalah jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah. Melalui tinjauan Makanbola di ruangan komen laman sosial Liga Bolasepak Malaysia (MFL), rata-rata penyokong memilih Yusri sebagai pemenang.

Ini kerana mereka berpendapat Yusri memiliki skuad yang biasa namun berjaya merekodkan beberapa keputusan di luar jangka termasuk menyingkirkan Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC dalam saingan Piala Malaysia.

Selain Yusri dan Solari, calon-calon lain yang telah disenarai pendek adalah Tan Cheng Hoe, Datuk Ong Kim Swee, Nafuzi Zain, Tomislav Steinbruckner, Fandi Ahmad dan Nafuzi Zain. Turut tersenarai adalah tiga jurulatih dari saingan Piala MFL iaitu Anuar Udin (PDRM), Mariano Raul (JDT II) dan Hairuddin Omar (Terengganu FC II).

Advertisements

Untuk rekod, anugerah Jurulatih Terbaik pada ABK 2022 telah dirangkul oleh Nafuzi Zain yang mengemudi Terengganu FC musim lalu

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram