Advertisements
Pengaruh Paulo Josue Jadi Nadi KL City Ke Pusingan Kalah Mati
Dunia
MakanBola
KL City FC

Aksi kedua saingan Kumpulan H Piala AFC hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan KL City dan Tampines Rovers, wakil dari Singapura.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Cheras menyaksikan KL City menundukkan Tampines Rovers 2-1.

Ketua pasukan KL City Boys, Paulo Josue menjadi nadi kepada kemenangan pasukan KL City hari ini. Beliau menjadi antara individu berpengaruh di dalam padang yang merencanakan asakan buat pasukan.

Dua jaringan yang diledak Paulo Josue telah memastikan anak buah kendalian Bojan Hodak mara ke peringkat kalah mati Piala AFC.

Pada minit ke-15 permainan, satu gelecekan cantik Paulo Josue di dalam kawasan kotak penalti lawan telah dinatijahkan dengan satu percubaan yang menembusi jaring.

Selang lima minit selepas jaringan pertama, Paulo Josue sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring menerusi satu percubaan half volley. Rembatan kencang Josue itu gagal ditepis penjaga gol Tampines Rovers, Syazwan Buhari.

Peranan yang dimainkan pemain berusia 33 tahun ini benar-benar memberi impak kepada pasukan. Gerakan-gerakannya banyak mengundang padah buat pasukan lawan dan khidmatnya pasti akan terus ditagih The City Boys.

Dua jaringan Paulo Josue telah memastikan kemenangan bergaya dicatat KL City. Mereka berjaya mencatat sejarah, melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala AFC.