Nasib Serupa Akhyar Rashid & Haqimi Azim
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Nasib dua pemain pasukan kebangsaan, Akhyar Rashid dan juga Haqimi Azim kini boleh dikatakan serupa.

Kedua-dua pemain ini kini merupakan nadi kepada skuad kebangsaan apabila pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) ini menjadi pilihan utama Kim Pan-gon untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

Penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim pula kini mencuri tumpuan apabila khidmatnya menjadi sandaran E. Elavarasan untuk beraksi pada posisi no.9 skuad bawah 23 tahun negara.

Advertisements

Namun begitu, mereka berdua mempunyai persamaan yang tersendiri terutamanya apabila membarisi kesebelasan utama skuad kebangsaan.

Umum mengetahui bahawa Akhyar sering dilabel dengan pelbagai tanggapan susulan kekurangan minit permainan pada peringkat kelab.

Pada musim ini, pemain berusia 23 tahun hanya beraksi sebanyak 51 minit daripada 2 penampilan yang diturunkan dengan tidak mencatat sebarang gol.

Advertisements

Bekas pemain sensasi Kedah ini menepis segala tomahan apabila menjaringkan gol tunggal Malaysia ketika menewaskan Turkmenistan dengan keputusan 1-0.

Ini juga telah membantu anak didik Kim Pan-gin untuk terus mendaki dan kini berada pada kedudukan ke-139 dunia.

Seterusnya, Haqimi yang kini beraksi bersama The City Boys berjaya mempamerkan aksi cemerlang sungguhpun kurang minit permainan pada peringkat kelab.

Advertisements

Pemain berusia 20 tahun itu hanya mengumpul 162 minit pada musim ini dengan berjaya menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan gol.

Beliau bagaimanapun tidak memerlukan masa yang lama untuk mencetuskan impak apabial meledak satu gol ketika membantu pasukan muda negara menewaskan Kemboja dengan keputusan 4-2.

Khidmat dua orang pemain sensasi negara ini bakal terus ditagih bagi menajamkan jentera serangan pasukan bagi baki perlawanan selepas ini dengan skuad muda negara akan bertemu Hong-Kong dalam aksi final Piala Merlion manakala skuad senior juga akan bertemu lawan yang sama bagi aksi persahabatan tier 1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram