Ads
Dunia
Ahmad Rithauddin

Pembangunan semula Kompleks Sukan Stadium Shah Alam bakal diketahui pada bulan Julai 2022 selepas selesai sesi penilaian oleh jawatankuasa khas.

Advertisements

Stadium keramat pasukan bola sepak Selangor suatu ketika dahulu itu menjadi antara stadium terbesar di Asia Tenggara dengan mampu menampung kapasiti penonton sekitar 80, 000.

Advertisements

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan juga tidak menafikan bahawa kapasiti stadium bersejarah itu akan digantikan dengan stadium yang lebih kecil selepas ia dirobohkan. 

Advertisements

Advertisements

“Pembangunan keseluruhan Kompleks Sukan Stadium Shah Alam termasuk Stadium Melawati itu akan dilaksanakan berdasarkan hasil penilaian jawatankuasa khas,” ujar Amiruddin. 

Advertisements

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Amiruddin berkata, kerajaan negeri akan mencapai kata sepakat tentang pembangunan semula Stadium Shah Alam itu pada bulan hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram