Nasihat Safee Sali Jadi Panduan Baddrol Bakhtiar
Komuniti
Supersafee 10 / Baddrol Bakhtiar
Advertisements

Selepas menceburi bidang politik, bekas pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar kini telah fokus sepenuhnya dalam memberikan khidmatnya kepada kawasan DUN Gurun yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri DUN, Ogos lalu.

Bekas pemain Kedah dan Sabah FC itu sebelum ini pernah dinasihati oleh bekas rakan sepasukannya di Harimau Malaya, Safee Sali supaya menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai wakil rakyat.

“Saya rasa tak salah sebenarnya (sertai politik) tapi bagi saya apa jua bidang yang dipilih kena lakukannya dengan betul. Niat yang betul dan apa tujuannya. Saya mendoakan YB Baddrol berjaya selepas ini dan sentiasa menjalankan tanggungjawab apa yang dijanjikan,” luah Safee ketika itu.

Advertisements

Kini, Baddrol seolah-olah menjadikan nasihat Safee itu sebagai panduan apabila Baddrol dilihat kerap turun padang dan mendengar masalah yang dihadapi penduduk Gurun.

Untuk rekod, Baddrol mengejutkan banyak pihak apabila secara tiba-tiba meninggalkan pasukan Sabah FC pada Julai lalu dan sebulan selepas itu, beliau telah diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding di DUN Gurun.

Tiada siapa yang menyangka Baddrol berjaya memenangi kerusi DUN tersebut dengan jumlah undian 17,771 undi dan majoriti sebanyak 6,684.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram