Selepas menjadi bualan di media sosial gara-gara isu penajaan jenama rokok elektronik, nama pasukan BRM kembali hangat. Ini selepas kelab Liga M3 itu berjaya merekrut bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazrin Nawi.
Pengumuman penyertaan bekas pemain sayap Kelantan itu diumumkan BRM di laman media sosial mereka hari ini.
Sebelum ini, Nazrin beraksi bersama pasukan Harini FT pada musim 2022. Selain JDT, Negeri Sembilan dan Kelantan, dia juga pernah beraksi bersama UPB-MyTeam, KL Plus dan Kuala Lumpur.
Pengalaman penyerang dan pemain sayap berusia 35 tahun itu bakal ditagih untuk kesebelasan utama BRM.
Selain Nazrin, BRM turut membawa masuk bek tengah berusia 29 tahun, Muhammad As’syaqireen Hasnoddin. As’syaqireen sebelum ini beraksi untuk pasukan TNB pada musim lepas.