Penyokong Negeri Sembilan Cipta Atmosfera Final Di Stadium Paroi
Liga Super
nsfc1923
Advertisements

Kehadiran penyokong sudah tentu menjadi satu azimat dan tenaga tambahan buat pasukan demi mencapai sebuah kemenangan. Lebih ramai penyokong, lebih bersemangat pasukan untuk menjelmakan aksi terbaik.

Itulah yang berlaku kepada pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) yang melayan kunjungan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebentar tadi. Kehadiran penyokong yang dilihat membanjiri Stadium Paroi itu ternyata memberikan satu suasana yang sangat berbeza dengan perlawanan-perlawanan Liga Super yang lain.

Dijangkakan 22,169 orang penyokong memenuhi tempat duduk penonton bagi menyaksikan perlawanan dua pasukan yang menghuni dua tangga teratas Liga Super 2022 setakat ini.

Advertisements

Kehadiran tersebut dijangkakan bakal menjadi salah satu kehadiran tertinggi untuk pertandingan Liga Super musim ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, pasukan JDT berjaya menumbangkan pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan FC dengan keputusan 1-0 hasil jaringan minit-minit akhir perlawanan dari Fernando Forestieri.

Negeri Sembilan kini menghuni tangga kedua liga dengan mengumpul 14 mata selepas melalui 7 perlawanan manakala pasukan JDT merampas takhta liga dengan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 5 perlawanan liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram