Negeri Sembilan FC Kini Sah Bergelar Juara Liga Premier Musim Ini
Dunia
Instagram: @nsfc1923
Advertisements

Pasukan pendahulu Liga Premier, Negeri Sembilan FC gah menjadi juara Liga Premier musim ini setelah mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas pasukan PDRM FC sebentar tadi.

Sebelum ini, pasukan kendalian K. Devan telah mengesahkan kehadiran mereka untuk mewarnai saingan Liga Super mengiringi pasukan Sarawak United yang terlebih dahulu mengesahkan slot.

Namun begitu, kegagalan pasukan Sarawak mengekalkan konsistensi untuk berada di takhta liga dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pasukan Negeri Sembilan sekaligus memberi laluan cerah buat mereka untuk merangkul kejuaraan itu.

Advertisements

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Paroi ini menunjukkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan apabila serangan bertali arus dilancarkan untuk mencari gol awal.

Pasukan tuan rumah dilihat bermula garang melalui gerakan-gerakan untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan PDRM menerusi gandingan kapten pasukan, Zaquan Adha dan juga penyerang import berbisa, Alain Akono.

Hasilnya, Negeri Sembilan memperoleh jaringan awal menerusi Barathkumar Ramaloo yang berjaya memanfaatkan situasi kelam-kabut dalam kotak penalti lawan yang gagal mengeluarkan bola dengan baik sebelum hantaran lintang Aroon menyebabkan pertahanan pasukan PDRM tertampan ke gawang sendiri untuk memberikan kelebihan buat tuan rumah.

Advertisements

Bersambung babak kedua, tidak banyak yang boleh direncanakan oleh barisan pemain Wan Rohaimi yang dikawal rapi oleh pemain pasukan lawan sungguhpun terdapat beberapa percubaan yang berjaya dilakukan.

Negeri Sembilan terus menggandakan kedudukan namun kesungguhan PDRM berjaya memperoleh dua jaringan untuk merapatkan kedudukan.

Jaringan demi jaringan menghiasi perlawanan di Paroi termasuklah termasuklah momen Zaquan Adha tidak berjaya menyudahkan penalti bagi melengkapkan malam gemilang pasukan.

Advertisements

Kemenangan ini mengesahkan kejuaraan buat pasukan Hobin Jang Hobin pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram