fbpx

Negeri Sembilan Sah Warnai Saingan Liga Super Musim Hadapan

Instagram: @nsfc1923

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pasukan tangga kedua Liga Premier, Negeri Sembilan FC secara sah telah mengesahkan tempat ke Liga Super pada saingan musim hadapan.

Ia sekaligus mengikut jejak langkah pasukan Sarawak United yang terlebih dahulu mengesahkan kejayaan kembali semula untuk mewarnai kancah Liga Super. Ketika ini, pasukan kendalian E. Elavarasan kekal unggul di persada liga ketika saingan sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Seterusnya, pasukan bimbingan K. Devan itu juga kekal cemerlang dengan prestasi semasanya yang membantu pasukan itu kembali ke Liga Super setelah gagal melakukannya pada musim lepas.

Pasukan itu juga dilihat cemerlang di setiap posisi setelah beberapa perubahan yang dilakukan termasuklah penukaran pemain import dan juga kembalinya bekas pemain berpengalaman mereka, Zaquan Adha Abdul Razak untuk mengetuai jentera serangan pasukan nyata membuahkan hasil.

Selain itu, prestasi cemerlang barisan pertahanan itu jelas menjadi kunci kepada kejayaan pasukan. Pasukan itu hanya bolos 14 gol daripada 18 perlawanan yang telah berlangsung.

Penjaga gol pasukan Negeri Sembilan, Daniel Lim juga memainkan peranan yang cukup besar apabila berjaya mencatat lima perlawanan tanpa bolos pada musim ini.

Sebagai rekod, Negeri Sembilan hanya mencatatkan satu kekalahan dalam lima perlawanan terakhir sekaligus menggambarkan konsistensi dan semangat juang yang tinggi untuk mencapai sasaran layak ke Liga Super.

© MakanBola Media – All Rights Reserved