NFDP Jadi Kilang Bakat Luar Biasa Menjelang 2025
Dunia
NFDP
Advertisements

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dijangka akan mengeluarkan produk yang sempurna pada 2025 iaitu tiga tahun dari sekarang selepas para pemain muda ini menamatkan proses pembelajaran masing-masing.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFDP, Safirul Azli Abu Bakar memaklumkan bahawa generasi NFDP yang akan bergraduasi pada 2025 kelak akan lebih baik dari generasi yang sebelumnya.

“Secara mudahnya, NFDP berkata kalau kita latih kanak-kanak bermula seawal tujuh tahun sehinggalah 17 tahun, wujudkan kelompok pemain yang agak besar disertakan dengan semua keperluan asas bola sepak.

Advertisements

“..beri jurulatih dan kurikulum serta pertandingan di semua peringkat usia. NFDP dilancarkan pada 2014, jadi mereka yang masuk pada usia tujuh tahun dan 100 peratus mengharungi 11 tahun berada dalam sistem akan keluar pada 2025,” jelasnya kepada BH Sukan.

Namun begitu, beliau menegaskan selepas para pemain ini keluar dari NFDP, perkembangan mereka perlu dipantau dengan konsisten agar prestasi mereka sentiasa ada peningkatan.

“Insya Allah jika melalui semua perjalanan selama 11 tahun itu, kita akan ada kelompok pemain berkualiti yang lebih baik. Cuma selepas itu, kita kena sentiasa mengesan perkembangan mereka tahun demi tahun.

Advertisements

Dalam pada itu, Safirul berharap agar semua pasukan yang beraksi di Liga Malaysia dapat mengikut jejak langkah NFDP dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memiliki akademi dan aktif mencari bakat untuk diasah menjadi pemain yang lebih berkualiti.

“Selain NFDP, JDT adalah satu-satunya kelab domestik yang aktif melakukan pencarian bakat dan membangunkan pemain muda seawal umur 11 ke 12 tahun. Apabila mencecah umur 13 tahun, ada bakat elit ini yang memilih ke Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan ada yang memilih Akademi JDT.

“Sebab itulah kita akan mula melihat skuad kebangsaan B-16 tahun selepas ini akan didominasi oleh pemain AMD dan JDT kerana di kedua-dua tempat inilah bakat muda berumur 13 ke 17 tahun mendapat pendedahan latihan terbaik dalam negara buat masa ini.

Advertisements

“Kedua-dua akademi ini adalah satu-satunya institusi yang mendapat pengiktirafan dua bintang dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di negara kita,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram