Nijey Teruja Dengan Taktikal Pantas Kim Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshani menyatakan keterujaan dapat menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Ketika ditemubual oleh Bernama, Shahrul Nizam mengakui bahawa beliau berasa kerdil tatkala dikelilingi oleh beberapa bintang pertahanan negara seperti Dion Cools dan para pemain pasukanJohor Darul Ta’zim.

Bagaimanapun, Shahrul tetap optimis dan bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik di kem latihan pusat bagi merebut slot pemain akhir yang bakal dipilih oleh Kim Pan-gon.

Advertisements

“Ini rezeki saya dipanggil buat kali kedua, kali pertama ada masalah komunikasi. Saya teruja dan akan buat yang terbaik dalam kem latihan pusat ini.

Pemain berusia 24 tahun ini menganggap panggilan kebangsaan kali ini merupakan sebuah pengalaman baharu buat dirinya bagi menyesuaikan diri menjalani sesi latihan bersama para pemain senior Harimau Malaya.

“Ia pengalaman baharu buat saya untuk menyesuaikan diri dengan pemain senior. Saya rasa sedikit takut, tetapi saya yakin akan berasa selesa dan dapat sesuaikan diri dalam masa dua hingga tiga hari lagi,” katanya ketika ditemui Bernama pada sesi latihan di Wisma FAM, hari ini.

Advertisements

Pemain yang lebih mesra disapa Nijey itu menjelaskan bahawa beliau dapat merasakan sesi latihan yang dikendalikan jurulatih dari Korea Selatan itu berbeza berbanding sebelum-sebelum ini. Penerapkan corak permainan pantas yang dipelajarinya sekaligus akan membantu meningkatkan mutu permainan.

Kem Harimau Malaya ketika ini sedang dalam persiapan menjelang dua aksi persahabatan bertemu Brunei dan Hong Kong pada 27 Mei dan 1 Jun kelak sebelum beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram