Advertising
Nik Hafiz Terbayang Adidas Taja Kelantan RW
Liga A1
MakanBola
Kelantan Red Warrior FC

Kelantan Red Warrior (KRW) mula terbayang jenama pakaian terkemuka dunia, Adidas menjadi penaja pakaian rasmi pasukan.

Perkara ini dijelaskan oleh Presiden KRW FC, Nik Hafiz Nik Hassan dalam satu sesi siaran langsung di Tiktok KRW baru-baru ini.

Ad

Beliau mengadakan sesi perbualan dengan peminat berkenaan penaja yang berpotensi untuk membantu KRW pada musim hadapan.

Ad

Nik Hafiz juga tidak menolak kemungkinan akan ada perjanjian yang termetrai setelah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan potensi penaja pasukan.

“Ya betul, sudah ada banyak pihak yang mahu menjadi penaja dan kita sedang mengadakan perbincangan,”katanya dalam sesi siaran langsung tersebut.

Ad

Nik Hafiz juga mempertimbangkan beberapa cadangan penyokong yang mahu melihat syarikat penerbangan gergasi negara, Air Asia untuk menjadi penaja rasmi KRW.

Ad

“Air Asia sebagai penaja? Menarik juga tu, warna merah putih dah sama (warna Kelantan Red Warrior).

Ad

“Adidas selaku pakaian rasmi dan Air Asia pula penaja,” ujarnya membayangkan potensi penaja baharu KRW.

Beliau dan kakitangannya kini giat membentuk pasukan termasuklah melakukan jelajah ‘The Next Hero’ untuk mengenal pasti potensi pemain yang boleh diserap ke dalam pasukan.