Advertisement
Nik Sharif Catat Gol Kedua Peribadi Bersama Terengganu
Dunia
MakanBola
Terengganu football club

Pemain terbaru Terengganu, Nik Sharif sekali lagi berjaya mencatat nama sebagai penjaring membantu Terengganu menewaskan FC Balestier 4-0.

Ketajaman penyudahnya di hadapan gol memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau kekal konsisten beraksi cemerlang dalam dua perlawanan berturut bersama Terengganu.

Nik Sharif berada di kedudukan yang tepat dimana beliau berjaya tapping mudah ke gawang gol selepas sepakan percuma Kipre terkena tiang gol.  

Kini, Nik Sharif sudah mencatat gol kedua peribadi dalam debut keduanya bersama Terengganu. Beliau turut diturunkan dalam kesebelasan utama perlawanan semalam.

Sebelum ini, beliau menjaringkan gol debutnya ketika Terengganu menentang Juara Liga Perdana Kemboja, Phnom Penh Crown

Pemain berusia 25 tahun ini tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri beraksi di bawah kendalian jurulatih berbakat, Nafuzi Zain.