Nike melancarkan bola khas untuk Liga Perdana Inggeris yang dinamakan sebagai Nike Merlin.
Bola baru ini hadir dengan warna yang lebih dinamik, corak yang pelbagai dan teknologi yang lebih baik.

“Kami ingin hasilkan bola yang dilakar mengikut tradisi Liga Perdana Inggeris. Ianya bola yang dipenuhi teknologi tinggi dan menetapi alam semulajadi, dan juga diinspirasikan oleh budaya bola sepak Inggeris”
Kieran Ronan, Pengurus Peralatan Global Nike
Antara teknologi terbaru yang diterapkan pada Nike Merlin adalah cetakan 3D pada permukaan kulit yang lebih dinamik sekaligus membantu pengawalan bola yang lebih baik ketika kering dan lembab.

Nike Merlin akan digunakan buat kali pertama di Stadium Anfield pada 9 Ogos 2019 untuk perlawanan EPL Liverpool menentang Norwich City.