Nilai Pasaran Dion Cools Naik Kepada RM7.4 Juta

Dion Cools
Syafiq Freman
@syafiqfreman
1:42am 14/06/2021

Seminggu selepas Dion Cools beraksi bersama skuad Kebangsaan Malaysia, nilai pasaran Dion Cools naik sekali ganda daripada nilai asal RM4.4 juta.

Nilai pasaran ini dinilai oleh laman bebas TransferMarkt yang membuat penilaian kesemua pemain seluruh dunia berdasarkan jumlah jaringan, sentimen sosial media dan jumlah minit permainan pemain seluruh dunia.

Dion Cools ketika beraksi bersama Club Brugge KV.

Menurut TransferMarkt, Dion Cools kini merupakan pemain ranking ke-11 paling bernilai di kelab diwakilinya sekarang, FC Midtjylland yang turut beraksi di Liga Juara-juara UEFA.

Nilai baru ini juga menandakan beliau kini merupakan pemain termahal Malaysia diikuti oleh Liridon Krasniqi dan Natxo Insa.

Baca Juga: Dion Cools Bangga Beraksi Bersama Harimau Malaya

Nilai pasaran ini bukanlah yang tertinggi pernah Dion Cools perolehi kerana pada tahun 2018 semasa beraksi bersama Club Brugge, beliau dinilai dengan nilai setinggi RM15 juta berikutan aksi kerapnya di saingan tertinggi eropah.

Dion Cools cuba menghalang Memphis Depay dalam aksi Liga Juara-juara UEFA.

Dion Cools kini telah beraksi sebanyak dua kali bersama Malaysia iaitu ketika bertemu UAE dan Vietnam dalam kempen kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.