Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin terus memperoleh peluang untuk membuktikan kalibernya selaku pemain berbakata Malaysia Di Iceland.
Pemain berusia 20 tahun ini sedang menikmati permulaan karier yang amat baik setelah melengkapkan proses pinjaman bersama sebuah kelab Iceland, FC Njardvik tahun ini.
Anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mahu meraih sebanyak mungkin minit bermain di sana setelah kurang mendapat tempat di Belgium bersama KV Kortrijk.
Beliau terus memburu tempat dalam kesebelasan utama pasukan apabila diturunkan dalam satu aksi persahabatan menentang Haugar semalam.
Pemain muda kebangsaan ini beraksi selama 10 minit untuk membantu pasukannya menang dengan keputusan 2-0.
Luqman sebelum ini telah beraksi selama 60 minit ketika Njadvik menang ke atas Augnablik dengan keputusan 3-2.
Beliau juga berdepan dengan cabaran yang cukup besar terutamanya perubahan cuaca dan waktu yang menyaksikan beliau berpuasa hampir 17 jam di sana.
Perkembangan ini sudah tentu menggembirakan para peminat tanah air untuk terus melihat permata bola sepak negara ini menyinar di perantauan.
Njardvik bakal turun berdepan Leiknir dalam aksi pusingan ke-32 kejohanan Piala Iceland.