Nama Nooa Laine Digugurkan Daripada Harimau Malaya?
Dunia
FAM
Advertisements

Seperti yang diketahui pasukan Harimau Malaya akan menghadapi satu tugasan getir bulan ini dalam saingan King’s Cup di Thailand.

Disebalik keghairahan penyokong menantikan aksi skuad negara, ada cerita yang kurang enak didengari dari laman sosial mengenai status pemain kacukan yang beraksi cemerlang di Finland, Nooa Laine.

Menurut satu postingan dari twitter, No Context Bola Malaysia, difahamkan nama Nooa sebenarnya sudahpun berada dalam senarai pemain yang akan dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan yang dijadualkan bermula 15 September ini.

Advertisements

Namun begitu, dikatakan nama Nooa akhirnya digugurkan daripada senarai pemain dan ini bermakna para penyokong Harimau Malaya akan terus kempunan untuk melihat aksi pemain muda berbakat besar itu.

Selain Malaysia yang berada di ranking 148 dunia, King’s Cup turut disertai 3 lagi negara yang mempunyai ranking dunia yang lebih baik iaitu Thailand (ranking 111 dunia), Tajikistan (ranking 109 dunia) dan Trinidad & Tobago (ranking 101 dunia).

Pasukan negara dijangka akan menurunkan skuad yang berbeza kali ini apabila difahamkan pengendali skuad negara, Kim Pan-gon mahu mencuba beberapa muka baharu yang terdiri daripada pemain muda.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram