Nooa Laine Kekal Beraksi Di Eropah
Dunia
Nooa Laine
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine telah menyambung kontrak baharu selama satu musim bersama kelab SJK Seinäjoki.

Beliau akan terus kekal beraksi di Liga Utama Finland (Veikkausliiga) sehingga penghujung musim 2024 dan juga diberi tawaran untuk menyambung kontrak hingga musim 2025.

Ini merupakan musim ketiga pemain tengah muda ini bersama SJK sejak menyertai kelab tersebut tahun 2021.

Advertisements

Dalam pada itu, pemain berusia 20 tahun ini akui beraksi di liga kasta tertinggi Finland banyak membantu dirinya untuk terus berada di tahap terbaik.

“Saya rasa SJK adalah tempat yang baik untuk berada pada masa ini, dan saya gembira di sini.  Saya merasakan bahawa persekitaran ini masih menyokong perkembangan saya.

Advertisements

“Matlamat saya adalah untuk satu hari nanti pergi lebih jauh dari sini. Aksi pramusim juga berjalan lancar. Kami telah berlatih keras sekarang dan saya menyukainya,” kata Laine dipetik daripada laman rasmi SJK.

Tambah Laine, beliau mahu memberikan yang terbaik buat kelabnya dalam usaha untuk mencapai kejuaraaan liga musim baru nanti.

Advertisements

“Saya harap kejayaan bersama pasukan pada musim-musim akan datang dan kami akan berjuang untuk kedudukan teratas. 

“Matlamat peribadi saya sendiri adalah untuk bermain di peringkat tinggi minggu demi minggu, dan untuk menjadi teratas Veikkausliiga di tempat saya bermain,” jelas Laine.

Advertisements

Difahamkan, pihak pengurusan jurulatih SJK sangat gembira dengan keputusan Nooa Laine untuk terus kekal bersama kelab. Pemain tengah muda ini mempunyai masa hadapan yang cerah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram