Advertising
Nooa Laine Pamer Ketajaman Di Pentas Eropah
Dunia
MakanBola
SJK Seinajoki

Pemain kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine pamer ketajaman di pentas eropah apabila berjaya meledak satu gol buat kelabnya SJK Seinajoki dalam aksi kelayakan kedua Liga Persidangan Europa.

Walaupun berjaya meledak satu gol dalam perlawanan tersebut, namun ianya gagal membantu pasukannya mencapai kemenangan apabila pasukannya dibelasah kelab dari Norway, SK Lillestrom dengan keputusan 5-2.

Gol Nooa terhasil melalui rembatan dari luar kotak penalti. Sebelum itu beliau berjaya memperdaya seorang pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan lencong yang membias kepada pemain lawan sekaligus menewaskan penjaga gol lawan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Nooa Laine (@nooa.laine)

Ad

Nama Nooa Laine hangat disebut-sebut sebagai salah seorang prospek masa hadapan Harimau Malaya memandangkan pemain berusia 19 tahun itu sudah menunjukkan aksi berkualiti bersama kelabnya di Finland.

Pada bulan April yang lalu, rata-rata peminat bola sepak tempatan terkejut dengan kehadiran Nooa Laine dalam sesi latihan skuad bawah 23 tahun negara bagi saingan Sukan Sea namun begitu khidmatnya tidak dapat digunakan pada masa tersebut kerana proses dokumentasinya belum selesai.

Ad
Ad

Mari kita tonton aksi Nooa Laine dalam perlawanan menentang SK Lillestrom.

Ad
https://www.youtube.com/watch?v=V0tq3HvVR5s