Pemain tengah sensasi Harimau Malaya, Nooa Laine mahu meningkatkan kemampuan penyudahnya di hadapan gawang apabila tampil buat kali pertama bersama pasukan negara semalam.
Bintang kelahiran Finland-Malaysia itu mengakui teruja untuk membuat kemunculan kali pertama bersama pasukan kebangsaan sambil mahu membaiki beberapa aspek dalam permainannya.
Beliau dimasukkan pada babak kedua untuk menggantikan perancang tengah JDT, Endrick Dos Santos yang turut membuat penampilan pertama malam tadi.
“Ia sangat baik apabila jurulatih meletakkan saya beraksi dan saya cuba melakukan tugas sebaik mungkin.”
“Saya tidak permah berpuas hati kerana saya memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol pada malam ini.
Pemain berusia 20 tahun ini juga terharu dengan sokongan padau yang diberikan oleh penyokong Harimau Malaya kepadanya.
“Saya akan lakukan yang terbaik dan tidak akan berasa tertekan.
“Ia amat baik sekiranya saya dapat beraksi dalam kesebelasan utama menentang Hong Kong tetapi semuanya bergantung kepada taktikal jurulatih,” jelasnya.
Malaysia mencatatkan kemenangan ke atas Turkmenistan 1-0 hasil jaringan Akhyar Rashid sebelum berdepan Hong-Kong 28 Mac ini.