Ole Solskjaer Adalah Pengurus Paling Tak Tahu Malu, Masih ‘Senyum’ Walau Tewas di Old Trafford
Blog
Muka Tak Tahu Malu
Advertisements

Sikap sayup-sayup macam orang tak bersalah pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjær yang masih memberikan reaksi senyum selepas tamat perlawanan menentang Manchester City di Old Trafford amat menjelekkan.

Rata-rata penyokong Manchester United berang dengan sikap pilih kasih pengurus yang paling banyak menerima backup dari pelbagai sudut dan masih mampu bertahan di organisasi kelab terbesar dunia, Manchester United.

https://twitter.com/InnocentNyank/status/1456990504030191621

Tewas kepada Liverpool dengan jumlah jaringan besar memberikan desakan kepada barisan pengarah United yang mula memberikan KPI kepada pengurus berasal dari Norway tersebut.

Advertisements

Kini dengan barisan terbaik pernah Manchester United miliki, sekali lagi tewas kepada musuh utama, Manchester City yang jelas mendominasi perlawanan dari segala sudut.

Sehinggakan salah seorang penyokong yang hadir di Old Trafford muak dan bosan menyaksikan perlawanan Manchester United – Manchester City gara-gara pasukan disokongnya tidak membuat banyak serangan.

Ole bukannya tidak bagus namun beliau jelas gagal mengawal ‘bintang’ yang beliau miliki sehinggakan terdapat khabar angin Ole spesis yang memilih kasih.

Advertisements

Pemain yang gagal beraksi dengan baik seperti Fred kerap diturunkan manakala pemain yang jelas lebih baik jarang diturunkan tambahan pula beliau turut menjadikan Harry Maguire sebagai kapten paling kerap melakukan kesilapan dalam padang.

https://twitter.com/Willftbl/status/1456990920570806276
Ini antara waktu paling sukar pernah si ‘setan merah’ perlu harungi minggu oleh minggu dengan deretan keputusan dan aksi longlai United.

Cristiano Ronaldo pula yang kita kenali seorang yang inginkan kemenangan dan trofi bergelut beraksi dengan barisan pemain ‘bintang’ yang longlai dan seperti tidak gembira dengan situasi semasa dalam kem latihan mahupun perlawanan sebenar.

Rata-rata penyokong Manchester United inginkan seorang pengurus yang ada karisma dan mampu menjadi si merah sama seperti yang pernah Alex Ferguson dan Mourinho lakukan sebelum ini.

Advertisements

Ole, seorang pengurus yang tidak tahu malu dan seorang yang kerap senyum walau pasukannya beraksi sangat buruk.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram