Olimpik Paris: RTM Beri Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia
UltraSukan
UltraSukan
RTM Malaysia
Advertisements

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mempunyai khabar gembira buat peminat sukan Malaysia.

Ini kerana sempena Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, RTM dipilih sebagai penyiar rasmi kejohanan.

Advertisements

“Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 27 Julai ini! Tonton di aplikasi RTMKLIK. Ayuh! Tunjukkan sokongan anda kepada kontinjen negara,” kata RTM dalam satu kenyataan.

Perkara ini turut disahkan Ketua Pengarah RTM, Suhaimi Sulaiman menerusi satu ciapan di X pada 17 Julai lalu.

Advertisements

“RTM penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya. Ini sekaligus membolehkan rakyat Malaysia dapat menonton acara sukan Olimpik secara percuma.

Peminat sukan negara kini boleh menonton semua liputan acara Olimpik menerusi enam saluran khas yang disediakan oleh RTM.

Advertisements

Sebelum ini, Astro dan Unifi TV turut mengumumkan terpilih sebagai penyiar rasmi temasya sukan terbesar di dunia itu.

Pelanggan Astro boleh mengakses semua acara Sukan Olimpik menerusi 18 saluran khas termasuk Astro Arena (saluran 801 dan 802). Sementara pengguna Unifi TV pula menikmati kesemua 32 sukan dan 329 acara secara langsung menerusi 17 saluran berdefinisi tinggi (HD).

Advertisements

Malaysia akan bersaing dalam temasya Sukan Olimpik 2024 dengan 26 orang atlet menggalas cabaran negara. Antara atlet yang menjadi sandaran pingat Malaysia ialah Datuk Azizulhasni Awang, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Lee Zii Jia.

Advertisements

News Comments Account