Olimpik Paris: Shah Firdaus Muncul Pelumba Ke-4 Terbaik Dunia
UltraSukan
Olympic Malaysia

Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus menamatkan aksi di Olimpik Paris bagi acara keirin di tempat keempat.

Terdahulu, Shah berjaya cipta kejutan setelah diumumkan mara ke final apabila Ota Kaiya dari Jepun disingkirkan di separuh akhir sekaligus melayakkan wakil negara itu.

Ad

Di perlumbaan akhir, Shah akan bersaing bersama-sama 5 pelumba terbaik dunia iaitu, Harrie Lavreysen, Matthew Richardson, Shinii Nakano, Matthew Glaetzer dan Jack Carlin.

Ad

Pada tiga pusingan pertama, Shah berjaya mengekalkan rentak dengan berada di kedudukan keempat dibelakang tiga lagi pelumba.

Ketika menuju penghujung perlumbaan, Shah mula memecut namun berlaku kemalangan di selekoh terakhir menyebabkan wakil negara menamatkan aksi di tempat keempat.

Ad

Pemenang pingat emas dimenangi oleh Harrie Lavreysen dari Belanda, pingat perak dan gangsa menjadi milik wakil Australia, Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer.

Ad