Ads
Omar Ali Perkenal Busana Khas Olimpik, Penuh Warisan Kaum Di Malaysia
UltraSukan
omarali.my

Omar Ali memperkenal busana khas sempena Sukan Olimpik yang dipenuhi ciri warisan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Advertisements

Jenama pakaian tempatan yang terkemuka tersebut telah melancarkan satu set pakaian khas buat para lelaki dan wanita bertemakan Sukan Olimpik pada Sabtu lalu.

Advertisements

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Omar Ali memaparkan dua orang model yang segak dan ayu memperagakan pakaian khas yang dikeluarkan oleh jenama tersebut.

Advertisements
Advertisements

“Menjelmakan kebanggaan negara dengan setiap jahitan, pakaian Olimpik Omar Ali hadir untuk membuat kenyataan berani di pentas global,” kata Omar Ali di ruangan kapsyen.

Keunikan yang ditampilkan oleh Omar Ali pada set busana ini sungguh istimewa hasil gabungan ciri-ciri pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia baik lelaki mahupun wanita.

Advertisements

“Menampilkan gabungan elemen tradisional seperti kolar Cheongsam Cina, baju gaya Nehru India, sampin songket Melayu bagi lelaki, serta butang Cheongsam Cina, kebaya atasan Melayu, dan selendang India untuk wanita.”

”Pakaian ini melambangkan warisan kami, perpaduan, dan semangat kita yang tidak dapat dipecahkan atlit,” ujar Omar Ali dalam kenyataan yang sama.

Advertisements

Untuk makluman, busana yang digunakan oleh kontinjen Malaysia ketika upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris tempoh hari merupakan ilham daripada pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini yang dinamakan The Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram