Omar Raiyan Akan Kekal Beraksi Di Eropah
Dunia
IG-Omar Azlan
Advertisements

Seperti yang diketahui bahawa pemain muda negara yang kini beraksi untuk kelab Serbia, Red Star Belgrade, Omar Raiyan Kama Azlan telah terpilih untuk kem latihan pusat B-19 tahun negara menjelang Piala AFF B-19 yang akan bermula Julai ini.

Omar yang akui sangat teruja untuk mewakili pasukan kebangsaan tidak kira peringkat umur namun bagi beliau segalanya terpulang kepada jurulatih sama ada memilih beliau atau tidak.

“InsyaAllah (akan terpilih ke skuad akhir). Pada penghujungnya nanti ianya terpulang kepada jurulatih untuk membuat pemilihan. Sudah tentu saya mahu beraksi untuk Malaysia tidak kira peringkat umur dan mahu menyarung jersi kebangsaan Malaysia,” jelas Omar kepada HM.

Advertisements

Walaupun beraksi di eropah, Omar sentiasa mengikuti perkembangan Liga Malaysia dan tertarik dengan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang membina pasukan ke tahap terbaik untuk memberi saingan kepada kelab-kelab hebat di rantau ini.

Apabila ditanya tentang masa hadapan beliau sama ada akan kekal beraksi di eropah atau beraksi di Malaysia. Omar menegaskan akan kekal beraksi di eropah memandangkan industri bola sepak di benua tersebut begitu besar.

“Saya lebih memilih untuk beraksi di eropah kerana bola sepak di sana agak besar sekarang dan dari sana saya boleh belajar,” tegas Omar kepada Youtube HM.

Advertisements

Omar dijangka akan menandatangani kontrak bersama kelabnya di Serbia pada Oktober ini selepas usianya genap 18 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram