Omar Raiyan Belajar Sesuatu Daripada Corak Permainan Asia Tenggara
Dunia
Sportflexmedia
Advertisements

Pemain yang berpangkalan di luar negara, Omar Raiyan Kama Azlan menyatakan bahawa beliau dapat menuntut sesuatu yang baru daripada corak permainan Asia Tenggara, perkara itu menyakinkan beliau untuk beraksi bersama skuad negara jika khidmatnya diperlukan lagi nanti.

Omar Raiyan menjelaskan sepanjang tempoh empat minggu bersama pasukan muda kebangsaan sudah pasti memberikan pengalaman lebih bermakna dalam mendorong peningkatan prestasi permainan dan dirinya untuk menjadi lebih baik.

“Jika diberikan peluang sekali lagi untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan sudah tentu saya berikan yang terbaik dan bersedia mengharumkan nama negara.”

Advertisements

“Banyak perkara yang saya belajar terutama membabitkan corak permainan di Asia Tenggara sekali gus bagus dalam usaha meningkatkan lagi keupayaan diri.”

“Walaupun tempoh bersama pasukan agak singkat iaitu kira-kira empat minggu saja namun ia satu perkara yang cukup berharga buat saya untuk terus mewakili negara kelak,” katanya kepada Harian Metro.

Omar dianggap arkitek yang memiliki potensi untuk terus melebarkan sayapnya di rantau Asia, dimana beliau berpengalaman menyertai akademi kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City pada usia 9 tahun.

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah dinobatkan sebagai ‘Pemain Terbaik Tahunan’ akademi itu selain diiktiraf antara 25 pemain remaja terbaik di UAE.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram