Ong Kim Swee Ingin Lebih Berhati-Hati Selepas Ini
Dunia
FAM
Advertisements

Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee menyatakan ingin lebih berhati-hati selepas ini kerana pertemuan malam esok dilihat sangat penting untuk kedua-dua pasukan ini.

Bagaimanapun, beliau melihat Sabah juga perlu bersedia untuk beraksi di tempat lawan lebih-lebih lagi berdepan tuan rumah Sarawak United.

Dalam pada itu, Kim Swee akui masing-masing ada misi yang perlu dilunaskan. Akan tetapi skuad Sabah FC mahu terus mengekalkan rentak kemenangan sekaligus mencuri mata penuh dalam perlawanan Liga Super.

Advertisements

“Kita bermain di tempat lawan lebih-lebih lagi berdepan tuan rumah Sarawak United. Ini sudah tentu memberi kelebihan kepada mereka.” 

“Pertemuan malam esok dilihat sangat penting untuk kedua-dua pasukan kerana skuad Sabah FC ingin meneruskan rentak kemenangan manakala Sarawak United pula ingin mencatat kemenangan pertama selepas hanya mampu mencuri satu mata dalam tiga perlawanan Liga Super,” katanya dalam kenyataan hari ini,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan kepada semua pemain agar memikul tanggungjawab serta fokus kepada perlawanan penting dan tegasnya supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama malam esok.

Advertisements

“Kita ingatkan agar semua pemain menggalas tugas serta fokus kepada perlawanan penting dengan tidak mengulangi kesilapan sehingga menghasilkan keputusan yang mengecewakan malam esok,” katanya kepada Bernama.

Sabah FC kini berada di kedudukan keempat liga dengan enam mata selepas mencatat dua kemenangan dan satu kalah daripada tiga perlawanan setakat ini.

Sabah FC dijadualkan akan menentang Sarawak United di Stadium Negeri, Kuching pada Ahad ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram