Liga Super
Sabah Football Club
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 12 Sept – Pelantikan pengendali baru Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee ternyata mengejutkan pelbagai pihak kerana beliau sangat sinonim dengan tugas bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Setelah melepaskan jawatan Pengarah Teknikal di FAM, Kim Swee tidak menunggu lama dan terus merangka pelan strategi buat Sabah FC bagi saingan Piala Malaysia 2021 dan Liga Super 2022.

Melalui satu muat naik di laman Instagram rasmi Sabah FC, Kim Swee dilihat mengadakan perbincangan bersama barisan pengurusan dan barisan kejurulatihan Sabah FC.

Advertisements
Meeting Sabah FC Ong Kim Swee Laju Buat Kerja, Sudah Rangka Strategi Buat Sabah FC Untuk 2022
Perbincangan Kim Swee bersama pengurusan dan kejurulatihan Sabah FC (Kredit gambar: officialsabahfc)

Antara yang dilihat berada ketika perbincangan dibuat ialah pengarah teknikal Sabah FC, Scott Ollerenshaw, pengendali sementara pasukan, Burhan Ajui dan bekas ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating yang kini bertindak selaku penolong pengurus pasukan.

Walaupun bakal memulakan tugas pada 1 Oktober 2021, inisiatif Kim Swee ternyata dipuji rata-rata peminat bola sepak tanah air yang mencerminkan komitmen Kim Swee dalam menerima tugasan barunya itu.

Untuk rekod, Kim Swee berjaya mencipta beberapa pencapaian yang boleh dibanggakan selama berada di bawah FAM.

Advertisements
Datuk Ong Kim Swee ketika melatih skuad bawah-23 negara (Kredit gambar : instagram oks_harimaumsia)

Antara kejayaan Kim Swee ialah membimbing pasukannya muncul juara Piala Belia 2007, naib juara Piala Belia 2008, juara Liga Premier 2009, pingat emas Sukan SEA 2011, juara Pestabola Merdeka 2013, pingat perak Sukan SEA 2017, suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan layak ke peringkat kalah mati pada Sukan Asia 2018.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram