Ong Kim Swee Sendiri Yang Pilih Jose Embalo
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Penyerang sudah semestinya sinonim dengan jaringan-jaringan yang dihasilkan untuk pasukan yang diwakili. Namun ianya masih belum menjadi kenyataan buat penyerang import baharu Sabah FC, Jose Embalo.

Penyerang antarabangsa Guinea-Bissau ini sudah diturunkan dalam lima perlawanan bersama Sabah namun masih tiada jaringan berjaya dicetak penyerang tinggi lampai ini.

Pengarah Sabah FC, Datuk Jelani Hamdan mohon supaya para penyokong bersabar dengan Embalo dan beliau turut mendedahkan bahawa pemilihan Embalo adalah pilihan yang dibuat oleh pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.

Advertisements

“Saya ada bertanya personally dgn Datuk Ong Kim Swee soal Jose Embalo. Pemilihan Jose Embalo dibuat dan diputuskan oleh Ketua Jurulatih Sabah FC iaitu Datuk Ong Kim Swee sendiri tanpa campurtangan dari sesiapa,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau.

Jelani juga menjelaskan bahawa beliau sangat yakin dengan apa yang mahu dilakukan oleh Kim Swee dalam pasukan Sabah.

“Beliau ada perkiraan dan sebab kenapa membuat keputusan tersebut (memilih Embalo). Bagi masa kepada Datuk Ong Kim Swee menjalankan strategi dan perancangan beliau. Saya amat yakin dengan kebolehan dan perancangan beliau untuk Sabah FC,” jelas Jelani lagi.

Advertisements

Jose Embalo dibawa masuk ke Sabah FC untuk menggantikan penyerang import dari Brazil, Neto Pessoa yang sudah meledak 2 gol dalam 6 perlawanan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram