Ong Kim Swee Tak Mahu Status JDT ‘Kacau’ Pemain Sabah
Dunia
Official Sabah FC
Advertisements

Ketua Jurulatih The Rhinos, Dato’ Ong Kim Swee menegaskan bahawa beliau tidak mahu status pendahulu liga itu bermain difikiran anak buahnya. Apa yang penting bagi beliau adalah fokus para pemain untuk terus kekalkan prestasi terbaik di dalam padang.

Beliau mengakui pasukan lain juga sentiasa berusaha untuk merapatkan mata. Sabah harus berwaspada walaupun berada dalam prestasi terbaik musim ini.

Dalam pada itu, Ong Kim Swee juga menegaskan bahawa banyak lagi perlawanan yang bakal diharungi kelab. Pemain perlu kekalkan momentum bagi memastikan The Rhinos layak ke peringkat seterusnya.

Advertisements

“Sabah FC tidak perlu memikirkan apa yang JDT akan lakukan sebaliknya penting para pemain kekalkan momentum memastikan pasukan di landasan betul apabila kita mengakhiri musim ini.”

“Kita tahu bukan sahaja JDT yang kita harus rapatkan tetapi pasukan lain seperti Negeri Sembilan dan Kedah Darul Aman juga sentiasa berada di belakang, untuk memastikan kita tidak ketinggalan mata,” katanya.

“Kita tahu banyak lagi perlawanan, ada lapan perlawanan liga yang akan berlangsung di mana ini penting untuk kita terus kekal konsisten bagi memastikan kita berakhir di situasi yang lebih baik,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Advertisements

Sabah bakal melayan kunjungan Sarawak United dalam aksi Liga Super malam ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram