Ong Kim Swee Bertegas Tidak Mahu Ada “Jarak” Antara Pemain Junior dan Senior
Dunia
Twitter: Sabah FC Official
Advertisements

Pengumuman peletakan jawatan pengarah teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee telah membawa perkhabaran baharu bahawa beliau memilih untuk menjadi jurulatih baharu Sabah FC susulan prestasi yang kurang memuaskan menjelang penghujung saingan Liga Super ini.

Pengalaman berada di dalam organisasi FAM selama lebih 13 tahun selain diberi tugas membimbing pelbagai lapisan pasukan termasuklah skuad senior negara suatu ketika dahulu.

Beliau kini memilih haluan baharu selain percaya bahawa kelab yang pernah menjulang namanya itu mampu menjadi pelengkap kepada perjalanan karier gemilangnya sebagai seorang jurulatih.

Advertisements

Ketika dalam satu ucapan pada hari pertamanya bersama pasukan di bawah bayu itu, beliau sempat berjumpa dengan para pemain sejurus tamat perlawanan bagi memberikan kata aluan sempena ketibaannya di sana.

Sambil itu, ada beberapa pesanan yang dilihat bakal memotivasikan para pemain terutamanya dalam membentuk sebuah pasukan yang mempunyai semangat kerjasama yang utuh sebagai sebuah pasukan.

Beliau mengingatkan para pemain agar tidak mengasingkan kedudukan antara pemain senior dan junior yang berada dalam pasukan malah meminta mereka akan bercampur antara satu sama lain.

Advertisements

‘Sebelah sana pemain junior bukan? Saya lihat di Ipoh ketika taklimat, para pemain senior dan junior duduk berasingan.’

‘Saya tidak mahu lihat ianya berlaku lagi. Campurkan kedudukan pemain kerana saya tidak kisah sama ada kamu pemain senior atau junior, bagi saya semua pemain sama.’

Bekas jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara ini mengingatkan para pemain senior agar menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada pemain muda supaya dapat memberi pengajaran yang berguna kepada mereka.

Advertisements

Jurulatih berusia 51 tahun itu menuntut agar anak buahnya terus bersatu hati dan bekerja sebagai satu pasukan. Selain itu, beliau turut meningatkan agar para pemain tidak perlu memikirkan kedudukan mereka dalam pasukan malah hanya perlu memberikan yang terbaik setiap kali diberi peluang.

‘Mungkin dahulu para pemain ingin membuktikan kepada orang terdahulu, namun kini awak perlu membuktikan kepada saya, jadi awak perlu ikut cara saya.,’-katanya dalam pertemuan itu.

Misinya dilihat tidak sukar memandangkan beliau mengakui bahawa pasukan Sabah mempunyai para pemain yang berpotensi besar di samping peranan pemain berpengalaman dalam pasukan seperti Amri Yahyah yang bakal memberi impak kepada pemain muda.

Advertisements

Menjelang saingan Piala Malaysia tidak lama lagi, Kim Swee optimis pasukan kendaliannya mampu untuk layak ke peringkat seterusnya sungguhpun berdepan saingan sengit.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram