Ads
“Orang Cakap Muaythai Tak Boleh Jadi Kerjaya, Sekarang Semua Terdiam”
UltraSukan
Johan Ghazali

Jaguh Muaythai negara, Muhammad Johan Ghazali menyifatkan kejayaan yang diraihnya sebagai bukti sukan ini boleh dijadikan sebagai kerjaya.

Advertisements

Hal ini dinyatakan beliau menerusi satu hantaran video di TikTok baru-baru ini. Video tersebut menunjukkan Johan yang mesra disapa Jojo membeli seutas jam tangan baru.

Advertisements

Menariknya, jenama jam tangan yang dibeli beliau ialah jenama Rolex. Jenama itu sememangnya dikenali sebagai antara jenama jam tangan mewah di pasaran.

Advertisements
Advertisements

Pembelian jam tersebut dibuat bersama ibunya, Jennana Johnson. Johan kemudiannya melihat pembelian jam ini sebagai ganjaran buat dirinya selepas bekerja keras dalam gelanggang.

“Satu ganjaran buat diri saya, alhamdulillah. Dulu orang selalu cakap Muay Thai tak dapat jadikan kerjaya, alhamdullilah sekarang semua terdiam,” katanya.

Advertisements

Johan kini sibuk mengatur persiapan untuk perlawanan ONE Championship beliau yang seterusnya pada 7 Jun ini. Perlawanan itu bakal menemukan beliau dengan jaguh Muay Thai Vietnam, Nguyen Tran Duy.

Advertisements

Sekiranya Johan berjaya menewaskan Tran Duy, beliau bakal melebarkan rekod tanpa kalahnya dalam gelanggang kepada enam perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram