Osmera Omaro: Indonesia Pasukan Pilihan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan bawah 16 tahun negara, Osmera Omaro menganggap bahawa pasukan Indonesia tetap menjadi pasukan pilihan berdepan Malaysia esok.

Sungguhpun perlawanan ini bakal menjadi penentu dan peluang buat Malaysia untuk layak ke pusingan berikutnya, beliau tetap optimis untuk tidak memandang rendah kemampuan lawannya.

Menerusi satu kenyataan, Indonesia memiliki sebilangan pemain yang berkualiti untuk memberi cabaran kepada anak buahnya sungguhpun beraksi tanpa penyokong di Stadium Pakansari, Bogor.

Advertisements

“Indonesia adalah pasukan pilihan dan mereka memiliki pemain yang bagus.”

Jurulatih berusia 43 tahun ini juga menganggap kelebihan selaku tuan rumah juga menjadi tonik terbaik buat Sang Garuda turun menentang Malaysia.

Advertisements

“Sungguhpun beraksi tanpa kehadiran penyokong, status sebagai tuan rumah memberikan motivasi yang baik untuk mereka.”

Walau bagaimanapun, Osmera tetap yakin dengan segala persiapan dan perancangan yang sudah pun diatur bersama anak buahnya dalam usaha meraih kemenangan wajib untuk melayakkan diri.

Advertisements

“Jadi kita turun sebagai pasukan bukan pilihan, namun lihat bola itu bulat dan apa saja boleh berlaku,” katanya.

Berdasarkan rekod semasa, penentuan naib juara terbaik ketika ini menyaksikan enam pasukan terikat dengan tiga mata namun Malaysia berada pada kedudukan kelima disebabkan perbezaan jaringan.

Advertisements

Perlawanan bertemu pendahulu Kumpulan B ini sudah tentu menjadi tumpuan ketika kedua-dua pasukan dalam misi tersendiri dalam kejohanan kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram