Advertisement
P. Maniam: Kedah Lebih Layak Menang
Piala Cabaran
MakanBola
PDRM FC

Jurulatih PDRM FC, P. Maniam memberi tabik hormat kepada Kedah di atas usaha keras pemain-pemain Sang Kenari pada aksi separuh akhir pertama MFL Challenge Cup di Selayang.

Dalam perlawanan yang diadakan pada Sabtu, PDRM terlebih dahulu di hadapan hasil dua jaringan oleh Bruno Suzuki serta Ifedayo Olusegun untuk tuan rumah memimpin aksi di babak pertama.

Namun begitu, Kedah bangkit meledak 3 gol dalam masa 14 minit hasil gol oleh Milos Gordic, Aiman Afif dan Akmal Zahir sebelum tandukan daripada Eizrul Ashraf kembali mengikat skor 3-3.

Menurut P. Maniam, 6 jaringan tercipta di Selayang pastinya menjadikan perlawanan cukup menghiburkan selain memuji semangat juang para pemain Kedah yang berjaya bangkit di babak kedua

”Ini adalah perlawanan yang sengit dan menghiburkan, saya pasti penonton yang menyaksikan juga terhibur dengan aksi hari ini,”

”Saya amat menghormati Kedah, walaupun mereka dihimpit pelbagai masalah, akan tetapi mereka berjaya bangkit serta bermain dengan karakter dan membawa sikap positif dalam aksi ini.”

Ketika ditanya adakah keputusan seri di Selayang ini adil buat kedua-dua pasukan, P. Maniam sebaliknya merasakan Kedah lebih layak mencapai kemenangan setelah pamer aksi lebih bertenaga.

”Saya rasa Kedah lebih layak (untuk menang) kerana mereka bermain dengan penuh kesungguhan pada aksi kali ini,” ujar P. Maniam secara ringkas.

PDRM dan Kedah bakal bertemu dalam aksi timbal balik separuh akhir MFL Challenge Cup pada 1 Februari ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar.