P. Maniam: Kita Hanya Tak Dapat Jaringkan Gol
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih PJ City, P. Maniam menganggap anak buahnya telah menampilkan persembahan cemerlang ketika berdepan KL City pada semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras menyaksikan PJ City berjaya mencuri satu mata, mencatat keputusan seri 0-0 dengan KL City.

P. Maniam menjelaskan bahawa ada beberapa peluang yang terhidang namun ia tidak dinatijahkan kepada jaringan. Beliau turut memuji disiplin serta kesungguhan yang ditampilkan barisan pertahanan  PJ City. 

Advertisements

 “Kita hanya tidak dapat jaringkan gol. Pertahanan kerja keras dan satu mata ini pun cukup bagus.”

Walaupun sekadar meraih keputusan seri, P. Maniam amat berpuas hati para pemainnya. Beliau turut memuji prestasi Mahali Jasuli dalam aksi semalam. 

“Secara keseluruhan, kita bermain dengan baik. Saya tahu Mahali dia boleh main lagi baik cuma harini dia tak dapat cipta peluang,” ujar P. Maniam pada sidang media selepas perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram