P. Maniam: Pemain PJ City Terpukau Melihat Corak Permainan JDT
Dunia
MFL
Advertisements

Jurulatih pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City), P. Maniam akui para pemainnya seperti dipukau selepas melihat corak permainan yang dipamerkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekaligus terpaksa akur dengan kekalahan 0-4 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Beliau menambah satu kajian akan dibuat dengan lebih terperinci mengenai punca kekalahan besar kepada pasukan JDT yang kini berada di tangga teratas Liga Super. Selain itu, beliau melihat dua gol awal JDT telah merencatkan semangat para pemain PJ City.

“Kami tidak sepatutnya memberi sepakan percuma dan kami dihukum menerusi gol oleh pasukan lawan. Malah dua gol pada babak pertama menyukarkan kami untuk bangkit.

Advertisements

“Kami melepaskan empat gol kepada JDT yang tidak sepatutnya berlaku tapi inilah bola sepak. Kami terima keputusan buruk itu dan akan kaji semula apa terjadi sehingga pemain bagaikan `dipukau’ dengan corak permainan dan taktikal JDT,” katanya kepada Arena Metro.

Selepas ini, pasukan PJ City akan berehat panjang dan hanya akan meneruskan aksi Liga Super dengan menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) pada 16 Julai. P. Maniam berharap para pemain dapat lupakan kekalahan kepada JDT dan bangkit semula dalam perlawanan akan datang.

“Kami akan memberi cuti sekurang-kurangnya tiga hari kepada pemain. Biar mereka lupakan kekalahan kepada JDT yang begitu perit dan kembali cergas untuk persiapan menentang KL City FC kerana perlawanan itu penting untuk mengembalikan momentum kemenangan,” kata Maniam.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram