PAFA Sah Bubar Perak FC II
Dunia
Instagram: @peraktbgmy
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 18 Sept – Pihak pengurusan Perak FC hari ini telah mengeluarkan satu keputusan untuk membubarkan skuad Perak FC II.

Menurut satu ciapan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menjelaskan bahawa Persatuan Bolasepak Perak FC telah mencapai kata sepakat itu hari ini.PAFA membuat keputusan tersebut susulan pasukan utama mereka, Perak FC yang turun ke saingan Liga Premier musim hadapan.

Selepas 100 tahun tertubuhnya pasukan Perak FC (dulu dikenali sebagai Perak FA), akhirnya pasukan penuh sejarah ini akur dan terpaksa untuk turun ke devisyen ke-2 Liga Malaysia. Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan skuad feeder mereka yang kini terpaksa dilepaskan.

Advertisements

Setakat ini, masih tiada lagi kenyataan rasmi daripada pihak PAFA berkaitan perancangan dan masa depan Perak FC II. Nasib yang bakal menimpa pemain di Perak FC II masih belum ditentukan. Masih tiada hala tuju yang jelas bagi pembentukan semula skuad Perak FC II.

Skuad utama The Bos Gaurus telah sah disingkirkan dari saingan liga super selepas mengharungi 22 perlawanan. Perak FC mengakhiri saingan liga di kedudukan ke-11 dalam carta Liga Super Malaysia 2021. Perak FC berjaya menang 4 perlawanan dan tewas 14 perlawanan dan seri sebanyak 4 perlawanan.

Bagaimanapun, skuad utama pasukan Perak FC kelak akan mengharungi saingan Piala Malaysia 2021 di dalam kumpulan B bersama pasukan Terengganu FC, Selangor FC dan satu wakil pasukan dari Liga Premier. Semoga pasukan Perak segera bangkit dan membuktikan semula kemampuan pasukan mereka dalam saingan akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram