Pahang Rangers ‘Baham’ JDT
UltraSukan
JDT Futsal
Advertisements

Juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023, Pahang Rangers meneruskan persiapan untuk musim baru liga dengan mengatasi naib juara MPFL musim lepas, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Perlawanan persahabatan yang diadakan di Kuantan itu menyaksikan Pahang memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri.

Bagaimanapun, mereka ketinggalan awal menerusi gol pemain kebangsaan, Awalluddin Mat Nawi pada minit ke-10.

Advertisements

Pahang Rangers kemudiannya bangkit dengan menyumbat dua gol menerusi Sirhan Aiman dan gol sendiri Mahadir Harahap pada minit ke-11.

Dua pemain import Pahang Rangers, Felipe de Souza dan Murilo Saad makin membuatkan mereka selesa dengan gol pada minit ke-13 dan 17. Keputusan 4-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Firdaus Ambiah memastikan tuan rumah sukar dicabar JDT dengan gol kelima pada minit ke-28.

Advertisements

JDT kemudiannya menyumbat tiga gol menerusi Akmarulnizam Idris (minit ke-29), Awalluddin (minit ke-38) dan gol sendiri Harith Naim Mohd Nasir (minit ke-38).

Keputusan perlawanan berakhir dengan kemenangan 5-4 buat tuan rumah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram