Pahit, Tapi Kami Sudah Bermain Sepenuh Hati
Dunia
KV Kortrijk
Advertisements

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Brad Maloney menyatakan bahawa pasukan telah memberikan sepenuh hati buat negara. Beliau meluahkan rasa bangga dengan aksi yang dipamerkan anak buahnya sepanjang perlawanan.

Brad Maloney juga menjelaskan segala yang berlaku di sini, satu iktibar yang mampu memberikan pasukan membuat satu persediaan yang cukup rapi sebelum bersaing dalam saingan AFC B-23 di Uzbekistan nanti.

Dalam pada itu, beliau bersikap positif dengan kekalahan ini dan akan terus pandang ke hadapan memberikan sesuatu yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya.

Advertisements

“Sejujurnya ia satu persedian cukup baik buat pasukan sebelum ke AFC B-23 di Uzbekistan dan segala yang berlaku di sini pengajaran berguna buat semua,” kata Brad dalam sidang media selepas perlawanan kepada Berita Harian semalam.

“Sangat pahit dan sukar untuk menerima kegagalan ini tetapi kami perlu bersikap profesional kerana harus memberi fokus untuk kejohanan seterusnya.”

“Kami bermain sepenuh hati dan untuk saya pemain sudah bermain dengan baik dan saya bangga dengan apa yang ditunjukkan mereka.”

Advertisements

Sementara itu, jurulatih dari Australia itu memaklumkan lebih awal bahawa tiada sasaran pingat diletakkan dan mahu menjadikan pentas Sukan SEA sebagai persediaan terbaik untuk pasukannya bagi menghadapi Kejuaraan AFC B-23.

“Mengecewakan gagal membawa pulang pingat tetapi saya tidak boleh salahkan prestasi dan kesungguhan ditunjukkan pemain. Mereka sudah beraksi di luar jangkaan saya sepanjang enam perlawanan dalam masa 14 hari dilalui di sini,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram