Papu Gomez Digantung Dua Tahun
Serie A
AC Monza
Advertisements

Pemain sayap kiri Argentina, Papu Gomez sah digantung dua tahun oleh pihak berkuasa doping berkuatkuasa hari ini.

Menurut portal Relevo, keputusan tersebut dibuat selepas pemenang Piala Dunia 2022 itu didapati positif menggunakan bahan terlarang.

Ujian tersebut dibuat secara rambang oleh pasukan perubatan kelab lamanya, Sevilla pada November 2022 sebelum beliau bertolak menyertai skuad Piala Dunia Argentina.

Advertisements

Mengikut keterangan Gomez, beliau mendakwa mengambil ubat batuk milik anak-anaknya selepas merasa tidak sihat beberapa hari sebelumnya.

Bagaimanapun, tindakan tersebut dibuat tanpa merujuk doktor pasukan Los Rojiblancos terlebih dahulu.

Perkara ini sudah diketahui Gomez dan Sevilla selama berbulan-bulan tetapi hukuman ke atasnya hanya diketahui hari ini.

Advertisements

Disebabkan isu ini juga, Los Rojiblancos bukan saja memilih menamatkan kontraknya lebih awal pada akhir musim lepas.

Malah, banyak kelab memilih untuk tidak menawarkan kontrak kepada Gomez atas alasan mereka tidak tahu kesudahan kes yang dihadapinya itu.

Kini, terpulang kepada pemain Argentina itu sama ada membuat rayuan atau tidak bagi meringankan penggantungan yang dihadapinya.

Advertisements

Berita ini memberi tamparan hebat kepada AC Monza dan pengurus mereka, Rafaelle Palladino kerana Gomez menyertai kelab itu sebagai ejen bebas pada Oktober lalu.

Beliau hanya sempat beraksi sebanyak dua perlawanan untuk Biancorossi sebelum menerima berita penggantungannya itu.

Sekiranya Gomez tidak memfailkan rayuan, Monza boleh saja memilih menamatkan kontrak beliau atas alasan memberi imej buruk kepada kelab berkenaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram