Park Hang-seo Kaji Taktikal Malaysia
Dunia
VFF
Advertisements

Disebalik kejayaan skuad Harimau Malaya layak ke pentas akhir King Cup, terdapat pengintip khas dari Vietnam untuk mengkaji corak permainan anak buah Kim Pan-gon itu.

Tidak lain dan tidak bukan, pengintip khas itu adalah jurulatih Vietnam, Park Hang-seo. Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu dikhabarkan berada di Stadium Ulangtahun ke-700 Chiang Mai malam tadi hanya untuk menonton dengan lebih dekat taktikal yang diterapkan pasukan Malaysia.

Pastinya Park Hang-seo mahu mempersiapkan pasukan Vietnam yang lebih jitu menjelang saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang dijadualkan bermula Disember tahun ini. Dalam kejohanan berprestij Asia Tenggara itu, Vietnam diletakkan satu kumpulan bersama Malaysia, Singapura, Myanmar dan Laos.

Advertisements

Mengintip perlawanan pasukan pencabar kepada Vietnam bukanlah sesuatu yang baharu buat Park Hang-seo. Ianya sudah seperti tradisi kepada pengendali berusia 65 tahun itu. Sebelum ini, Park pernah ditangkap pihak AFC kerana menonton perlawanan pihak lawan dengan terlampau dekat.

Kesungguhan Park Hang-seo dalam menjalankan tugas sebagai jurulatih Vietnam wajar dipuji kerana tidak sampai 24 jam selepas membimbing Vietnam menewaskan Singapura 4-0 semalam di Vietnam. Kini, beliau berada di Thailand hanya untuk menonton perlawanan Malaysia.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram