Park Hang-seo Letak Jawatan
Dunia
thethao247.vn

Advertisements

Pengendali skuad B-23 tahun Vietnam, Park Hang-seo membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengendali skuad muda Vietnam.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu sesi sidang media selepas perlawanan akhir temasya Sukan Sea 2021 yang menyaksikan pasukan Vietnam berjaya mengekalkan pingat emas edisi lalu setelah menewaskan pasukan Thailand dengan keputusan 1-0.

Jurulatih dari Korea Selatan itu bagaimanapun memaklumkan bahawa beliau akan terus berbakti untuk skuad senior Vietnam. Beliau akan memberikan fokus yang lebih terhadap pasukan utama tersebut menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2023.

Advertisements

“Saya mengalami sedikit tekanan selama ini. Namun tak lupa untuk saya berterima kasih kepada presiden, seluruh staf kejurulatihan dan pemain,” tambah Park Hang-seo seperti yang dipetik daripada Galuh Id.

“Selepas pertandingan ini, saya tidak lagi kendalikan skuad B-23 kebangsaan. Akan tetapi saya masih mengendalikan skuad senior Vietnam kerana saya masih memiliki kontrak bersama Persatuan Sepak Bola Vietnam (VFF),” ujar Park Hang Seo.

Tempat Park Hang Seo bakal digantikan bekas pembantu jurulatih Indonesia, Gong Oh-kyun. Gong Oh-kyun akan menyambung misi skuad B-24 tahun Vietnam dalam misi mencatatkan keputusan cemerlang di kejohanan mendatang.

Advertisements

Untuk rekod, Park Hang-seo berjaya menghadiahkan dua pingat emas buat pasukan B-23 Vietnam di temasya Sukan Sea edisi 2019 dan 2021 selain mencatatkan peratusan cemerlang sepanjang mengendalikan skuad B-23 tahun Vietnam dengan 66.7 peratus kemenangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram