Park Hang-seo Pernah Rasa Nak Mati
Dunia
the-afc
Advertisements

Jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau menderita gangguan mental yang dihidapi sejak sekian lama.

Dalam satu temuramah yang disiarkan di sebuah stesen televisyen di Korea Selatan, Park Hang-seo menjelaskan bahawa sehingga kini beliau masih menjalani proses pemulihan dek kerana menderita gangguan panik.

Gangguan panik merupakan satu serangan kecemasan yang membuatkan pesakitnya merasakan ketakutan yang amat dahsyat dan panik yang melampau. Park Hang-seo mendedahkan bahawa penyakit pernah membawa kematian kepada dirinya.

Advertisements

“Saya tidak tahu bahawa saya mengalami gangguan panik. Setelah pemeriksaan menyeluruh, doktor menyatakan ianya merupakan gangguan panik. Ketika gangguan itu menyerang, beliau tidak mampu bernafas seperti di ambang kematian,” dedah Park Hang- seo seperti dilaporkan CNN.

Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata jika beliau dilahirkan kembali, beliau tidak mahu menjadi jurulatih bola sepak kerana beliau sudah merasai segala kesulitan dalam dunia bola sepak namun begitu beliau akui bola sepak adalah segalanya buat beliau buat masa ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram