Pemain pertahanan Sabah, Park Tae-su memohon maaf kepada rakyat Sabah selepas tidak berjaya membantu pasukan itu layak ke perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025.
Terdahulu Sabah tewas kepada Sri Padang 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Temerloh. Kekalahan dengan agregat 3-2 memastikan tiket ke final menjadi milik Sri Pahang yang bakal bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim.
Dalam perlawanan di Stadium Temerloh tempoh hari, Park Tae-su telah tertampan bola masuk ke gawang sendiri sekaligus menghadiahkan gol buat Sri Pahang. Kesilapan itu disedari Park dan beliau dalam satu hantaran di Instagram memohon maaf secara terbuka.
“Saya memohon maaf kepada semua peminat bola sepak Sabah. Saya rasa ramai yang kecewa terhadap saya.”
Pemain asal Korea ini juga menerima segala kritikan yang dilemparkan. Bagi Park, beliau mengambil itu sebagai satu pengajaran dan mahu berusaha lebih keras untuk memperbaiki prestasi dari semasa ke semasa.
“Saya menerima semua kritikan dan saya akan berusaha untuk meningkatkan prestasi saya
Terima kasih banyak semua,” tulis Park.
Park yang baru sahaja pulih dari kecederaan panjang kini sudah mula cergas dan telah diberi kepercayaan oleh pengendali Sabah, Martin Stano untuk beraksi.