Ads
Asia Tenggara
AFC

Menjelang saingan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada bulan hadapan, Indonesia bakal berdepan pasukan yang menduduki ranking ke-21 dunia, Iran.

Advertisements

ASEAN Football melaporkan Indonesia bukan saja bakal menentang pasukan ke-120 dunia, Libya di Turki untuk dua aksi persahabatan pada 2 dan 5 Januari ini.

Advertisements

Malah, Tim Garuda bakal berdepan Team Melli untuk aksi persahabatan terakhir pada 9 Januari ini.

Advertisements

Advertisements

Ini merupakan sebahagian daripada persiapan Indonesia bagi mendepani Piala Asia 2023 yang membuka tirainya pada 12 Januari ini.

Ini dilihat satu ujian besar buat anak-anak buah Shin Tae-yong memandangkan Iran merupakan pasukan kedua terbaik di Asia selepas Jepun.

Advertisements

Selain itu, Team Melli juga bakal diperkuatkan dengan beberapa pemain yang berpangkalan di Eropah.

Antara nama yang dijangka membarisi skuad kebangsaan Iran ialah Mehdi Taremi (Porto), Sardar Azmoun (AS Roma), Saied Ezatolahi (Vejle) dan kapten, Ehsan Hajsafi (AEK Athens).

Kedua-dua pasukan bakal membuka kempen Piala Asia masing-masing pada tarikh berbeza. Indonesia akan turun menentang Iraq untuk aksi pertama Kumpulan D pada 15 Januari ini.

Advertisements

Sementara Iran pula berdepan cabaran negara serantau, Palestin untuk aksi pertama Kumpulan C pada 14 Januari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram