Pasukan ke-25 dunia sedang menunggu Indonesia bagi aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Skuad kendalian Shin Tae-yong berdepan dengan ujian hebat dalam menelusuri langkah ke Piala Dunia.
Sang Garuda berjaya muncul naib juara pada pusingan kedua tempoh hari sekaligus melayakkan diri ke pusingan berikutnya.
Indonesia bakal memulakan langkah dengan berdepan anak didik Roberto Mancini iaitu Arab Saudi di laman lawan pada 6 September 2024.
Ujian berikutnya ialah berdepan dengan pasukan ke-25 dunia, Australia pada 10 September 2024 di laman sendiri.
Kedua-dua pasukan ini telah bertemu di Piala Asia 2024 Qatar awal tahun lalu yang menyaksikan Australia mencatatkan kemenangan 4-0 pada pusingan kalah mati.
Detik ini menjadi peluang terbaik buat Indonesia melakar kemenangan tatkala Sang Garuda menjadi wakil tunggal dari Asia Tenggara.