Ads
Shin Tae-yong Bawa Kepakaran Jurulatih Penyerang Ke Indonesia
Asia
PSSI

Skuad kebangsaan Indonesia bakal menerima kepakaran seorang jurulatih penyerang dari Korea Selatan yang bernama Yeom Ki-hoon.

Advertisements

Menurut laporan Sport Chosun, Yeom Ki-hoon bakal menjadi pembantu jurulatih Shin Tae-yong bagi mengemudi skuad kebangsaan.

Advertisements

Yeom Ki-hoon memulakan kariernya sebagai jurulatih bersama bekas kelabnya kelab K-League 2, Suwon Samsung Bluewings pada tahun 2023 dan baru-baru ini beliau difahamkan telah meletak jawatan ekoran prestasi merosot pasukan tersebut.

Advertisements
Advertisements

Beliau dilihat menjadi calon yang sesuai untuk membentuk barisan penyerang Indonesia yang berkualiti. Bukan itu sahaja, lantikan Yeom adalah untuk persediaan bagi kelayakan Piala Dunia yang akan berlangsung bulan hadapan.

Indonesia berada dalam kumpulan C bersama Jepun, Australia, Arab Saudi, Bahrain dan China bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

Advertisements

Memetik laporan Bola.net, presiden PSSI, Erick Thohir ada menyatakan bahwa STY memberitahu bahwa mahu merekrut pembantu jurulatih khas melatih penyerang.

“Jurulatih penjaga gol kami terbaik, sekarang Shin Tae-yong mahu tambah jurulatih penyerang,” kata Presiden PSSI, Erick Thohir.

Shin Tae-yong mencadangkan nama Yeom untuk dibawa ke skuad Indonesia oleh kerana kepakaran beliau dalam melatih seorang penyerang.

Advertisements

Sebelum menjadi jurulatih, Yeom Ki-hoon merupakan seorang pemain sayap bagi skuad Jeonbuk Hyundai Motors, Ulsan Hyundai, Suwon Samsung Bluewings dan Korean Police.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram